Kejayaan dan Kekayaan

on Thursday, October 6, 2011

Hari ini pagi-pagi lagi dah dikejutkan dengan kematian Steve Jobs. Seorang yang kreatif, inovatif, kuat berusaha dan peneraju Apple iphone. Steve Job meninggal pada usia 56 tahun. Mungkin kerana barah pankreas dan sebelum ni ada menjalani pemindahan hati. Ada perkara yang baik dapat kita ambil berkenaan kejayaan Steve Job. Beliau seorang usahawan yang sudah dikenali diseluruh dunia. Seorang yang kreatif dan inovatif. Kesungguhan seorang usahawan dapat dilihat menerusi kejayaan Apple sendiri.

Kalaulah Steve Jobs ini islam atau ramai orang islam yang mempunyai kejayaan seperti Steve Jobs ni alangkah bagusnya. Bermakna kita perlu banyak berusaha untuk lebih berjaya di dunia dan akhirat. Di sini saya selitkan dan kongsikan beberapa hadis dan al-quran yang menyebut berkenaan kejayaan dan kekayaan.

Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : 
"Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan." (Hadis riwayat Imam Tirmizi). 

Kesimpulan Hadis: 

Allah s.w.t menjadikan harta sebagai perhiasan kehidupan dunia dan menjadikan fitrah kejadian manusia lebih cenderung kepada harta dan suka mengumpul harta, oleh yang demikian umat Islam hendaklah berhati-hati di dalam mengumpulkan harta di mana kita hendaklah mengumpulkan harta yang halal dan menjauhkan diri dari mengumpulkan harta yang haram.

"Wahai orang-orang yang beriman mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda kamu dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (Surah al- Shaf : 10 - 11)

Sabda Nabi s.a.w. semasa menjawab persoalan yang dikemukakan kepada Baginda :

Ditanya orang akan Rasulullah s.a.w. : "Siapakah manusia yang lebih utama?" Maka jawab Rasulullah s.a.w. orang yang lebih utama ialah orang mukmin yang berjihad di jalan Allah dengan diri dan hartanya sendiri. Mereka berkata : Siapa kemudian? Sabda Rasulullah s.a.w. orang mukmin yang berada di satu lurah bukit ia takut kepada Allah dan menyeru manusia supaya menjauhi daripada angkara kejahatan ". (Hadis Riwayat Bukhari)

"Dan bersegeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya luas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang  bertakwa. Iaitu orang-orang yang menderma hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang  yang memaafkan kesalahan orang dan ingatlah Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." ( Surah ali - Imran : 133-134 )

Seorang Profesor psikologi dari Universiti Oregon, Ulrich Mayr berpendapat amalan bersedekah mengaktifkan sel-sel otak dan ini akan menjadikan orang yang berbuat demikian berasa seronok. Pandangan itu diterbitkan oleh jurnal Science (2007) yang diketahui oleh ahli akademik sebagai jurnal berpengaruh.

Ulrich Mayr juga mendapati bahawa rasa seronok bersedekah itu bolehlah dikatakan sama atau lebih daripada menikmati makanan atau hubungan kelamin. Ini kerana bahagian otak yang teraktif dari amalan tersebut berada di bahagian yang sama untuk menikmati makanan dan juga hubungan kelamin.

Amalan bersedekah pula akan menggandakan lagi rezeki kepada kita sebanyak 10 kali! Selain itu amalan suka bersedekah juga dikaitkan dengan sifat suka menolong orang lain yang juga menjadikan seseorang itu rasa seronok selepas berbuat demikian. Ini dikatakan sebagai sifat altruisme atau bahasa mudahnya ringan tulang.

“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya”.
(Riwayat Muslim)

0 comments:

Post a Comment