Betulkan niat kita...

on Friday, September 30, 2011

Diriwayatkan dari Umar bin Al-Khaththab r.a, dia berkata : Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : 
“Sesungguhnya amal perbuatan itu tergantung pada niatnya, dan setiap orang akan mendapat balasan sesuai dengan niatnya. Barang siapa berhijrah dengan niat untuk kepentingan duniawi atau untuk mencari perempuan yang akan dikawininya, maka balasan hijrahnya sesuai dengan niatnya”.
(Hadits shahih Imam Bukhari, hadits : 1)

Ulasan berkenaan niat

Dalam solat kita, niat itu wajib. Ini menunjukkan niat itu teramat penting dan manusia yang normal akan melakukan sesuatu pekerjaan yang baru bersama niat. Niat itu datang dari hati atau lintasan hati sebelum kita memulakan sesuatu.

Seseorang yang mahu sihat minda dan hati iaitu rohani dan sihat jasmani hendaklah terlebih dahulu mempunyi niat yang baik-baik sahaja. Berfikir yang baik dan positif. Ia adalah dengan niat untuk berazam menjadi seorang yang setiap kali bangun dari tidurnya untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang baik.

Menurut dari maksud hadis di atas, setiap balasan yang diterima akan dilihat dari niatnya. Sekiranya kita amati dari pengalaman hidup ini kita akan sedar akibat dari niat dan perbuatan yang seseorang telah lakukan.

Jadi dengan itu... Be positive!





0 comments:

Post a Comment