BLOG INI

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.

Nama saya Hairizal bin Hamidon dan saya adalah peniaga sepenuh masa yang membuat bisnes berkaitan SOHO atau bekerja sendiri dari rumah dengan memberi tumpuan dalam bidang berkaitan internet.

Terfikir oleh saya untuk beramal dengan menyebarkan ilmu berkaitan agama dalam blog ini. Blog agama dan niche adalah lebih tertumpu dalam hadith nabi SAW. Keterangan dalam blog ini adalah hadith sahih muslim bukanlah ia semata-mata dari kitab hadith sahih muslim. Ia adalah dari hadith sahih bukhari dan tidak hanya tertumpu kepada hadith semata-mata bahkan saya juga akan selitkan kisah umum yang lain dalam blog ini.

Berikut adalah perancangan yang terkandung dalam blog ini :
  • Tafsiran Hadis Sahih (terutama Bukhari dan Muslim)
  • Tafsiran Ayat Al-Quran
  • Kisah (Umum)
  • Penulisan yang berkisar berkenaan islam
Saya bukanlah seorang yang berpendidikan Universiti Al-Azhar tetapi segala kisah yang saya bawakan di blog ini saya rujuk dari kitab dan buku agama yang saya beli. Saya adalah pencinta buku. Jenis buku terawal adalah dalam bidang keagamaan barulah sedikit demi sedikit ke dalam bidang motivasi dan yang terkini adalah dalam perniagaan. Jadi di sini, saya mempunyai dua pengkhususan ilmu iaitu dari perniagaan dan yang berkaitan agama. 

Justeru untuk tidak mensia-siakan ilmu yang telah saya dapatkan dari toko-toko buku, saya akan kongsikan pula buat pengunjung dan pembaca di blog ini semoga bermanfaat. Sekiranya apa yang saya tulis terdapat kesilapan, saya sangat mengharapkan rakan pengunjung membuat teguran. InsyaAllah.. 

Amin.

wbt - Warahmatullahi wabarakatuh.
saw - Sollallahu 'Alaihi Wassallam
ra - Radhiallahu 'anhum.