Balasan untuk wanita yang masuk Syurga

on Tuesday, October 11, 2011

Photobucket Image Hosting
Dorongan dan kecenderungan bagi lelaki adalah sukakan wanita. Oleh kerana itu balasannya adalah bidadari. Perhiasan bagi lelaki adalah wanita manakala perhiasan bagi wanita adalah permata. Wanita akan dapat suaminya semula bersama apa yang dimahukannya di dunia. Rumusannya, kita akan dapat apa yang kita mahu di Syurga. Apa yang haram akan jadi halal di syurga. Jika seorang wanita yang belum berkahwin akan mendapat teman atau pasangannya di syurga kelak. Usah dibimbangkan lagi. Matlamat kita seterusnya adalah untuk mendapatkan syurga Allah SWT.

Teruskan membaca lagi petikan dari hadis di bawah...

Keadaan wanita di dunia ini tidaklah lebih dari :
  • Mereka meninggal sebelum sempat menikah.
  • Mereka meninggal setelah diceraikan suaminya, dan belum sempat menikah dengan yang lain.
  • Mereka telah menikah, akan tetapi suaminya tidak bersamanya di syurga, semoga Allah SWT melindungi kita dari hal ini.
  • Mereka meninggal setelah suaminya meninggal.
  • Suaminya meninggal dan mereka tetap tidak bersuami baru hingga meninggalnya.
  • Suaminya meninggal kemudian merekapun dinikahi oleh laki-laki lain.

Kelak masing-masing akan mempunyai balasan tersendiri saat mereka di syurga sebagai berikut:
Wanita yang meninggal sebelum sempat menikah, maka Allah SWT akan menikahkan mereka di syurga dengan seorang laki-laki dari penduduk dunia, ini berdasarkan sabda Rasulullah saw :

“Di syurga tidaklah ada orang yang membujang (tidak memiliki pasangan.”- Hadith Riwayat Muslim.

Syeikh Ibn ‘Utsaimin berkata: “Apabila seseorang belum menikah, iaitu seorang wanita di dunia ini, maka sesungguhnya Allah SWT akan menikahkan dengan laki-laki yang ia sukai di syurga. Kerana kenikmatan syurga tidaklah hanya khusus untuk lelaki saja, akan tetapi semuanya adalah juga untuk lelaki dan wanita termasuk bentuk kenikmatan syurga adalah perkahwinan.”- Al-Majmu’ al-Tsamin, 1/175.

Dan juga seperti mereka yang meninggal setelah diceraikan, wanita yang suaminya tidak masuk syurga.

Syeikh Ibn ‘Utsaimin berkata: “Seorang apabila termasuk ahli syurga dan belum menikah atau suaminya tidak termasuk ahli syurga, maka sesungguhnya bila ia masuk syurga, di sana akan ada lelaki ahli syurga yang akan memperisterikannya.” -Al-Majmu’ al-Tsamin, 1/173 Maksudnya akan menikah dengan salah seorang dari mereka.

Wanita yang meninggal setelah sempat menikah, maka saat di syurga ia untuk suaminya yang dahulu.

Wanita yang suaminya meninggal kemudian tetap tidak menikah setelah kematian suaminya hingga ia pun meninggal, maka ia akan tetap menjadi isterinya di syurga.

Wanita yang suaminya meninggal dan kemudian menikah dengan lelaki lain, maka ia untuk suami yang paling terakhir, walaupun sempat menikah berkali-kali, berdasarkan sabda Rasulullah saw :

“Wanita adalah untuk suami terakhirnya.” - Silsilah al-Ahadits al-Shahihah li al-Albani, 1281.

Dan berdasarkan perkataan Hudzaifah ra. kepada isterinya : “Jika kamu tetap ingin menjadi isteriku di syurga, maka janganlah menikah dengan siapapun sepeninggalanku (selepas ia meninggal). Sesungguhnya wanita saat di syurga adalah untuk suami terakhirnya di duania kerana itulah Allah SWT pun mengharamkan isteri-isteri Nabi untuk dinikahi oleh orang lain sepeninggalannya, kerana mereka itu kelak akan menjadi isteri-isterinya di syurga.” - Silsilah al-Ahadits al-Shahihah li al-Albani, 1281.

Petanyaan : Bila ada yang berkata : Sesungguhnya tersebut dalam doa jenazah kita membaca:
“Dan gantikanlah (untuknya) suami yang lebih baik dari suaminya (yang terdahulu).” - Hadith Riwayat Muslim.

Maka jika ia telah bersuami, bagaimana kita mendoakan untuknya dengan doa seperti itu dan kita mengetahui bahawa suami di dunia akan menjadi suami di syurga, akan tetapi bila ia belum mempunyai suami dimanakah suaminya?
Jawaban : Adalah seperti yang disebutkan oleh Syeikh Ibn ‘Utsaimin iaitu : “Jika dia belum menikah, maka yang dimaksud adalah suami yang lebih baik dari suami yang ditakdirkan untuknya jika dia tetap hidup. 

Dalil dari Al-Quran...
Contoh : Yaasin 36:55 - Yaasin Surah 36 ayat ke 55

Adapun jika dia sudah menikah, maka yang dimaksud dengan suami yang lebih baik adalah yang lebih baik sifat-sifatnya di dunia, kerana yang disebut dengan menggantikan adalah boleh dengan menggantikan orangnya seperti bila kita menukar kambing dengan unta, atau boleh dengan menggantikan sifat-sifatnya seperti apabila kita berkata: Semoga Allah menggantikan kekufuran orang itu dengan keimanan, atau seperti pada firman Allah SWT:

(Iaitu) pada hari (ketika) bumi diganti dengan bumi yang lain dan (demikian pula) langit,… - Al Quran Surah Ibrahim ayat ke 48. 

Dimana buminya adalah tetap bumi ini akan tetapi diratakan dan langitnya adalah tetap langit ini akan tetapi terbelah.” - Al-Bab al-Maftuh, 3/23-24.

Sungguh tidak disangsikan lagi bahwa kenikmatan-kenikmatan syurga adalah untuk kedua jenis kelamin, lelaki dan perempuan, sebagaimana yang diberitakan oleh Allah sendiri dalam kitabNya. Jadi tidak hanya lelaki, tetapi wanita juga punyai bahagian di syurga. 

Sesungguhnya Aku tidak mensia-siakan amal orang-orang yang beramal diantara kamu, baik lelaki mahupun perempuan. - Al Quran Surah Ali-Imran 3:195

Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik. - Al-Quran Surah An-Nahl 16:97

Barangsiapa yang mengerjakan amal-amal soleh, baik lelaki mahupun wanita, sedang dia orang yang beriman, maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya sedikitpun. - Al-Quran Surah An-Nisa' 4:124

Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyu', lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan pahala yang besar. - Al-Quran Surah Al-Ahzab 33:35

Selanjutnya, Allah (swt) menyebutkan dalam kitabNya bahawa isteri-isteri yang solehah akan masuk syurga bersama suami mereka yang soleh. Dan wanita-wanita solehah yang beriman masuk syurga sebagaimana lelaki soleh yang beriman memasukinya.
 
Masuklah kamu ke dalam syurga, kamu dan isteri-isteri kamu digembirakan. - Al-Quran Surah Az-Zukhruf 43:70

Sesungguhnya penghuni syurga pada hari itu bersenang-senang dalam kesibukannya masing-masing (mengikut apa yang mereka gemar). Mereka dpasangan-pasangannya berada di tempat yang teduh, bersandar di atas dipan-dipan (pelamin). -Al-Quran Surah Yaasin 36:55-56

Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahawa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam syurga-syurga itu, mereka mengatakan : 'Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu.' Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada jodoh (pasangan) yang suci dan mereka kekal di dalamnya. -Al-Quran Surah Al Baqarah 2:25

Dengan rahmatNya, Allah SWT mengulangi penciptaan wanita-wanita (termasuk mereka yang meninggal dunia dalam keadaan tua) dan menjadikan mereka perawan kembali. Dengan kata lain, siapa sahaja dari calon ahli syurga yang sudah tua, kelak dia akan kembali muda di syurga. Berghairah dan penuh dengan cinta.
Sesungguhnya Kami menciptakan mereka dengan langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya. -Al-Quran Surah Al-Waqi'ah 56:35-37

Dari Abu Hurairah r.a sebuah hadith qudsi dari Rasulullah SAW yang membawa maksud, "Telah Aku (Allah) sediakan untuk seluruh hambaKu yang soleh suatu balasan (syurga) yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga dan belum pernah terlintas dalam hati seseorang pun." - Hadith Riwayat Bukhari.

Dan demi keadilanNya, Allah pasti memberi wanita-wanita solehah di syurga dengan nikmat-nikmat yang lelaki soleh menikmatinya (dari para bidadari atau yang seumpama dengan itu). Dan kalau saja kita katakan bahawa seorang wanita dapat menikmati balasan syurga sebagaimana lelaki menikmatinya, barangkali hal itu masih terjangkau oleh daya imaginasi kita. Padahal, nikmat syurga yang dijanjikan Allah SWT bukanlah yang pernah terlihat oleh mata, bukan yang pernah terdengar oleh telinga dan bukan yang pernah terlintas dalam hati manusia. 

Jika seorang wanita pernah menikah beberapa kali, sedangkan dia termasuk seorang ahli syurga, maka dia diberi hak untuk memilih salah satu diantara mereka. Dan dengan cara yang belum dapat kita bayangkan pada hari ini, dia akan memilih suaminya yang paling baik dan yang paling bagus diantara mereka. Dia akan berterusan dalam keadaan merasakan nikmat yang semakin bertambah-tambah. Sungguh, tidak seorang pun pada hari ini yang akan mampu membayangkan kenikmatan-kenikmatan itu. 

Adapun jika seorang wanita belum pernah menikah selama hidupnya di dunia (kerana suatu alasan yang dibenarkan agama), sedangkan dia termasuk seorang ahli syurga, maka dia diberi hak untuk memilih salah satu dari lelaki ahli syurga, yang akan memberinya nikmat yang tak terbatas, yang berterusan dan yang semakin bertambah-tambah. Dan sungguh, tidak seorang pun pada hari ini yang mampu membayangkan kenikmatan itu. Sesungguhnya balasan nikmat-nikmat di syurga akan senantiasa hadir kepada para penghuninya sebagai kejutan yang berterusan selama-selamanya. Segala puji bagi Allah...




0 comments:

Post a Comment